top of page

Sejarah Sekolah 

photo_2016-07-18_08-45-27.jpg

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam mula dibina pada Januari 2000 dan siap sepenuhnya menjelang April 2001. Kedudukan sekolah ini terletak 30 kilometer dari Bandaraya Johor Bahru dan berhampiran dengan bandar Pasir Gudang dan Masai. Ia dibina di atas tapak yang luasnya 9.2 ekar dan melibatkan kos RM0.5 juta oleh Seri Alam Properties Sdn. Bhd melalui anak syarikatnya iaitu UM Land Bena Sdn Bhd.

 

Nama SMK Bandar Seri Alam ini diberikan sempena kedudukannya yang terletak di kawasan perumahan Bandar Seri Alam. Reka bentuknya yang unik dan menarik ini terdiri daripada beberapa blok iaitu Blok Pengurusan, Blok Iltizam, Blok Usaha, Blok Ilmu, dan Blok Bakti. Terdapat 36 buah bilik darjah yang boleh menampung kapasiti maksimum 1400 orang pelajar.

 

Ianya turut dilengkapi dengan bilik-bilik khas seperti Bilik Agama, Bilik Geografi, Bilik Sejarah, Bilik Kesihatan, Makmal Bahasa, Makmal Komputer, dan Bilik Peperiksaan. Selain  itu, kemudahan Bilik Kaunseling, Pusat Sumber, Bilik Tayang, Bilik Mesyuarat (Balai Tun Seri Lanang), Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, dan Makmal Lukisan Teknikal dan Kejuruteraan. Kemudahan lain yang turut disediakan ialah Surau Raudhatul Jannah, Cafe Bestari, Dataran Wacana, Dewan Terbuka Za’ba, Dewan Gelanggang, Permainan Seri Buana, yang dilengkapi dengan Bilik Persalinan dan Padang Seri Alam serta kemudahan yang selesa bertaraf eksekutif menggambarkan peranan, tanggungjawab dan martabat guru sudah mula dipertingkatkan.

 

Tanggal 16 Julai 2001 adalah tanggal keramat dan bersejarah kerana pada tarikh tersebut, secara rasminya sekolah ini dibuka di bawah kepimpinan pengurusan En. Zulkipli bin Hj. Mahmud selaku Pengetua SMKBSA bersama-sama 13 orang guru yang lain menerima kedatangan 281 orang pelajar yang memulakan persekolahan di Tingkatan Peralihan, Satu, Dua, dan Empat iaitu sebanyak 12 buah kelas.

 

Kini SMK Bandar Seri Alam  di bawah kepimpinan Pn. Saridah Bt Abdul Majid  bersama-sama

114 orang guru dan 15 orang staf sokongan dengan bilangan pelajar seramai 1520  orang. Semoga SMK Bandar Seri Alam akan terus maju seiring moto “Murid Hebat Guru Hebat Sekolah Hebat".

 

 

 

 

Lagu Sekolah :

SMK BANDAR SERI ALAM

BERILMU BERILTIZAM BERBAKTI

 

BERILMU BERILTIZAM DAN BERBAKTI

ITULAH COGANKATA

SMK BANDAR SERI ALAM

PELAJARNYA BUDIMAN

 

GURUNYA BERINOVASI

MENDIDIK KAMI SETULUS HATI

JADI WARGA YANG BERVISI

MAHIR BERTEKNOLOGI

 

PADA IBU BAPA TERCINTA

SUNGGUH KAMI BERJANJI

HARAPANMU KAN KAMI TUNAIKAN

BANGGAAN PERTIWI

 

DALAM BIDANG KESUKANAN

KAMI PASTI CEBUR SEPENUH HATI

JADI INSAN YANG BERBUDI

SERI ALAM SEKOLAH KAMI 

 

Ciptaan : En Rashid

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peta Kedudukan Setiap Aras

lencana sekolah

Kedaulatan negeri ini
dan Taat Setia Warga
Sekolah Kepada
Negara Ini
Semangat Juang dan
Mampu bersaing dalam
menjayakan cita cita
Permuafakatan 
dan Persefahaman
dalam membina
Kejayaan
Warna alam Azam
untuk berjaya 
dalam pendidikan
sentiasa subur
Kesucian dan 
Kemurnian cita cita
warga sekolah ini
serta menimba ilmu
pengetahuan dan
kemahiran

 

 

  • MENJAYAKAN  FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

  • MELAKSANAKAN DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN.

  • MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA

  • MEMBINA PERHUBUNGAN YANG BERKESAN DAN CEKAP DENGAN PIHAK YANG BERKEPENTINGAN.

  • MEWUJUDKAN ORGANISASI PEMBELAJARAN YANG BERKESAN.

  • MEMBINA KUMPULAN KERJA SEPASUKAN DAN SEMANGAT KEKITAAN ANTARA WARGA SEKOLAH.

  • MEMBINA KERJASAMA DENGAN IBU BAPA DAN KOMUNITI SETEMPAT.

 

Matlamat Sekolah

HAK SETIAP PELAJAR MENERIMA

 

PENDIDIKAN DAN PELAJARAN

 

DARIPADA GURU-GURU.

Falsafah

Sekolah

Piagam Pelanggan

KAMI WARGA SMK. BANDAR SERI ALAM BERIKRAR DENGAN  SESUNGGUHNYA AKAN MENUMPUKAN SELURUH USAHA KAMI BAGI :-

 

*    MELAKSANAKAN TUGAS YANG DI AMANAHKAN DENGAN CEKAP, MESRA INOVATIF DAN BERKUALITI.

 

*  MEMBERIKAN PENDIDIKAN YANG BERKESAN KEPADA SETIAP PELAJAR SELARAS DENGAN OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DITETAPKAN.

 

*   MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK DAN  KOKURIKULUM KE TAHAP YANG CEMERLANG UNTUK MENJADIKAN SMK.BANDAR SERI ALAM YANG TERBAIK DI JOHOR.

 

* MEMBIMBING PELAJAR UNTUK MEMBENTUK DAN MENGAMALKAN SAHSIAH MULIA DAN MEMILIKI HARGA DIRI YANG TINGGI.

 

*  MEWUJUDKAN IKLIM SEKOLAH YANG KONDUSIF SELARAS DENGAN KONSEP SEKOLAH YANG PENYAYANG,BERKESAN, CERIA, SELAMAT DAN SIHAT.

 

 

 

Edit by Unit ICT

SMK Bandar Seri Alam

  • 1414836921
  • Google+ Social Icon
bottom of page